top of page

Soalan Lazim

Permohonan Pembiayaan

Bagaimanakah untuk membuat permohonan pembiayaan?​​

​

Untuk membuat permohonan pembiayaan, kami akan membuat semakan kelayakan terlebih dahulu dengan 1 bulan penyata gaji sahaja. 

​

​Sekiranya anda layak untuk membuat permohonan pembiayaan, pegawai kami akan maklum pada anda untuk langkah seterusnya untuk lengkapkan permohonan.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan dan jumlah pembiayaan?


Tempoh pembiayaan adalah antara 1 tahun (12 bulan) sehingga 15 tahun (180 bulan). Bagi jumlah pembiayaan adalah bergantung kepada skor kredit anda dan komitmen anda. Anda boleh rujuk dengan lebih lanjut di bahagian Pembiayaan kami.

​

Berapakah jumlah maksimum & minimum pembiayaan yang boleh dimohon?


Bagi jumlah maksimum & minimum adalah bergantung dengan institusi kewangan yang dimohon. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di bahagian Pembiayaan kita.

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mohon pembiayaan:

​

  • Penjawat awam atau kakitangan badan berkanun yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan layak memohon pembiayaan peribadi, tertakluk kepada syarat kelayakan mengikut gred jawatan.

  • Anda perlu mempunyai pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM1,500, bergantung kepada gred dan tempoh perkhidmatan semasa.

  • Anda mestilah tidak diisytiharkan bankrap dan menunjukkan tahap kewangan yang stabil untuk membuat bayaran balik pembiayaan.
     

Status saya kontrak tetapi saya merupakan kakitangan kerajaan, adakah saya layak untuk memohon?

​

Penjawat awam berstatus kontrak juga layak memohon pembiayaan peribadi Coshare, dengan syarat mempunyai potongan ANGKASA yang masih aktif dalam slip gaji.

​

Saya bekas kakitangan kerajaan yang sudah berpencen. Adakah saya masih layak untuk memohon?

​

Bagi kakitangan kerajaan yang sudah pencen, anda tidak layak. Bagi kakitangan kerajaan, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun lagi baki perkhidmatan untuk layak memohon pembiayaan peribadi.

​

Status saya kini disenaraikan dalam blacklist. Adakah ini menjejaskan kelayakan saya untuk memohon pembiayaan? Dan bagaimana pula dengan semakan CCRIS, CTOS serta status AKPK?

 

Bergantung dengan institusi kewangan yang dimohon. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk dengan pegawai kami di Whatsapp.

Syarat Memohon Pembiayaan

​​​Proses Permohonan & Kelulusan Pembiayaan

Sekiranya saya mohon pembiayaan, berapa lamakah tempoh proses pembiayaan saya?


Tempoh proses pembiayaan akan mengambil masa selama 10 sehingga 14 hari bekerja. Sekiranya proses permohonan mengambil masa lebih daripada tempoh sepatutnya, sila hubungi pegawai anda semula untuk maklumat lanjut.

​

Saya sudah layak untuk mohon pembiayaan, dokumen apakah yang diperlukan untuk teruskan permohonan saya?

​

Bagi permohonan yang sudah layak, sila rujuk dengan pegawai yang anda hubungi bagi dokumen yang diperlukan untuk kami proses pembiayaan anda?

Image by Aniq Danial

​​Apakah cara pembayaran balik pembiayaan yang perlu saya ikut selepas kelulusan?

​

Pembayaran balik pembiayaan adalah melalui potongan ANGKASA di dalam penyata gaji. 

​

Pembayaran balik pembiayaan bermula bila?

​

Pembayaran balik pembiayaan akan mula membuat potongan ANGKASA selepas 2 bulan anda terima duit pembiayaan anda.

Kaedah Bayaran Balik Pembiayaan

​​​​​Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan & Kadar Keuntungan

​​​​Adakah terdapat sebarang caj pendahuluan yang perlu dijelaskan kepada RinggitMy Ventures sebelum permohonan diproses?

​

RinggitMy Ventures tidak mengenakan sebarang bayaran awal sebelum kelulusan pembiayaan. Jika anda dihubungi oleh individu yang meminta wang pendahuluan atas nama RinggitMy Ventures, sila buat laporan segera kepada kami untuk tindakan siasatan.​

​

Berapakah kadar keuntungan yang ditawarkan?

​

Untuk makluman, RinggitMy Ventures merupakan agensi yang dilantik oleh institusi kewangan. Maka, kadar keuntungan yang ditawarkan adalah bergantung kepada institusi kewangan. Untuk semak kadar keuntungan yang ditawarkan, sila rujuk di bahagian Pembiayaan kami.

​

Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan?

​

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah bergantung kepada institusi kewangan yang dimohon. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bahagian Pembiayaan kami.​​​​

bottom of page