3 TIPS MUDAH LOAN KERETA
- ringgitmyventures
- Sep 6, 2023
- 2 min read
Updated: Sep 7, 2023
Orang-orang muda mesti selalu berangan untuk ada kereta sendiri kan? Beli nak, tapi tak pernah terfikir pun pasal kos yang perlu ditanggung kan! Anda tahu tak, berdasarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) sehingga April 2022, sekitar 189 rakyat Malaysia jatuh bankrap kerana terbeban dengan hutang sewabeli kenderaan? Hal ini boleh terjadi kerana mereka tidak tahu cara untuk menyenangkan proses pembayaran hutang tersebut. Jadi di sini kami jelaskan beberapa cara untuk bantu memudahkan urusan anda:

1. Jangan Panjangkan Tempoh Tahun Pinjaman
Langkah paling utama adalah untuk meminjam ikut kemampuan diri. Jika anda tidak mempunyai komitmen yang berat ataupun anda rasa diri sendiri berkemampuan, anda diggalakkan untuk mengurangkan tahun pinjaman kereta.Faktornya adalah kerana jika tempoh pinjaman anda disingkatkan kepada 7 tahun atau 5 tahun, kos keseluruhan untuk hutang kereta anda akan menjadi lebih murah. Kereta merupakan aset yang mudah susut nilainya, maksudnya semakin lama semakin menurun. Oleh itu, jangan mudah terikut dengan kebiasaan dengan membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun (kecuali jika anda tiada pilihan lain).
2. Membuat Pembayaran Besar Secara Berkala
Beberapa sektor pekerjaan rajin memberi pekerja mereka wang insentif seperti bonus atau sekali sekala mereka berikan peluang untuk kenaikan gaji. Malah, pihak kerajaan turut memberi wang sumbangan kepada rakyat untuk hal-hal tertentu misalnya pada waktu Pandemik di mana rakyat dibenarkan untuk keluarkan duit KWSP dan mendapat bayaran balik cukai. Pada waktu sebegini, ambil seharusnya bijak dalam peluang untuk memanfaatkan hasil wang tersebut dengan membuat pembayaran besar terus bagi mempercepatkan proses melangsaikan hutang kereta dan sekaligus, mengurangkan beban anda.
3. Selesaikan Bayaran Hutang Yang Kecil
Mesti ramai yang anggap hutang kecil ini tidak memberi kesan dalam urusan pembayaran pinjaman kereta kan? Namun begitu, kehadiran hutang kecil ini akan menganggu dan menyulitkan anda dalam membayar hutang dengan lebih cepat ataupun tepat pada masanya. Walhal daripada itu, latihkan diri untuk sentiasa senaraikan dan lengkapkan bayaran hutang-hutang kecil yang ada contohnya macam hutang kawan, hutang alatan elektronik, hutan perabot rumah dan sebagainya. Setelah lepas dari bebanan ini, barulah anda boleh fokus untuk melunaskan habisan hutang kereta anda.
Kadang-kadang kita hanya perlukan sedikit dorongan atau diberi tunjuk ajar yang betul untuk bantu diri kita sendiri keluar dari kitaran yang negatif dan menuju ke arah pembangunan diri. Moga-moga dengan nasihat kami, anda dapat membukakan fikiran terlebih dahulu sebelum membuat loan kereta sendiri di masa akan datang!
Boleh ikuti laman sosial kami untuk mendapat lebih banyak informasi berkenaan dengan isu kewangan!





Comments