top of page

4 KERJAYA UNTUK JANA PENDAPATAN DARI RUMAH

Updated: Sep 7, 2023

Walaupun dengan hanya duduk di rumah, anda masih boleh usaha untuk menjana pendapatan tau! Kadang-kadang ada orang mempunyai lebihan waktu yang terluang selepas balik kerja dan ingin memanfaatkannya atau sesetengah orang lain mempunyi azam untuk capai kebebasan kewangan dengan menghasilkan cabang pendapatan pasif sendiri dari awal usia. Tidak kira dimana-mana kategori pun anda berada, kami ingin mengesyorkan untuk anda cuba ceburi kerjaya-kerjaya dalam senarai di bawah:



#1 Perniagaan kecil

Perniagaan kecil lebih bersesuaian dengan orang yang mempunyai kemahiran tertentu contohnya memasak, menjahit, reka cipta dan sebagainya. Hobi sebegini dapat memberikan keuntungan yang lumayan, begantung kepada usaha anda. Kongsikan hasil tersebut di platform media sosial atau kepada rakan dan ahli keluarga anda, tetapkan harga yang bersesuaian dengan tenaga atau kos untuk menghasilkan produk tersebut. Terdapat beberapa platform yang boleh anda guna untuk mempromosikan hasil anda seperti di Whatsapp, Instagram, Tiktokshop dan Facebook.


#2 Affiliate marketing

Pekerjaan ini mudah dan tidak memerlukan sebarang modal kerana anda hanya perlu memasarkan produk atau servis bagi pihak peniaga lain sahaja. Fokusnya adalah untuk menarik minat pelanggan dengan mempamerkan produk tersebut di laman sosial anda, jika pembeli menekan pautan yang dikongsi atau membuat pembelian anda akan mendapat komisen. Komisen pula bergantung kepada harga dan kuantiti produk yang telah anda promosikan, anggaran komisen yang mampu diperoleh adalah dalam sekitar 0.5% hingga 20%.


#3 Freelancer

Menjadi freelancer perlukan kreativiti dan imaginasi yang tinggi kerana anda diberikan kebebasan untuk menghasilkan karya berdasarkan permintaan dan kemahuan klien. Kerjaya ini lebih terbuka kerana ia boleh dikaitkan dengan pelbagai jenis pekerjaan misalnya graphic designer, web developer, SEO specialist, penulis skrip atau artikel dan banyak lagi. Kelebihannya adalah aturan waktu kerja anda lebih fleksible dan boleh menjanakan pendapatan yang tinggi tanpa menghabiskan banyak tenaga kerana urusan anda dengan klien hanyalah di atas talian sahaja.


#4 Online survey

Online survey tidak memerlukan kos yang banyak dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja atas talian. Kerjaya ini sesuai untuk anda yang sentiasa bermain dengan telefon dalam masa yang sama, ingin mengumpul wang poket untuk diri sendiri. Anda hanya perlu menjawab survey dengan jujur tentang pendapat atau citarasa anda berkenaan dengan produk, perkhidmatan atau jenama bagi syarikat yang tertentu. Untuk menjawab semua borang survey tersebut anda mungkin memerlukan masa selama 10 minit hingga ke 3 minit sahaja, mudah kan!


Sekarang, anda sudah mendapat ilmu tentang beberapa pekerjaan mudah yang boleh anda mempergiatkan. Jangan lupa! seseorang yang bergelar "jutawan", mempunyai anggaran dalam tujuh aliran pendapatan yang berbeza bagi menambahkan lagi keuntungan mereka! Contohilah sikap bestari jika anda semua ingin mencapai status kestabilan wang yang berpanjangan!


Ikuti perkembangan sosial media kami untuk mendidik diri anda dalam topik kewangan terkini!


 
 
 

Comments


bottom of page